Pantun Selamat Datang

Dalam majlis-majlis rasmi yang dihadiri tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, pantun Melayu lazimnya menjadi penyeri dan pelengkap dalam ucapan aluan. Berikut adalah beberapa rangkap pantun hasil ciptaan saya sendiri yang boleh digunakan sebagai aluan selamat datang. Bagi sesiapa yang mempunyai koleksi pantun sendiri mahupun saduran, bolehlah berkongsi bersama saya di Diari Cikgu.my

 

 

 

Senja gemilang bayu berpuput,

          Gugur kenanga di celah jerami,   

Besarlah hati kami menyambut ;

          Tuan bertamu ke negeri kami.

 

Anak ayam disambar musang,

          Musang diam di balik kuini,

Teratak kami banyak yang usang ;

          Harapkan damai Tuan di sini.

 

Anak nyonya menuju pekan,

          Bawa bakul si bunga tanjung,

Selamat datang kami ucapkan ;

          Budi Tuan rasa nak junjung,

 

Serindit berkicau di pohon jati,

          Tempat bermain anak kenari,

Bagai berdendang paluan hati;

          Dengar khabar Tuan ke mari.

 

Sampan kolek mudik ke hilir,

          Sarat muatan rempah dan jamu,

Layar dikembang, senyum diukir ;

          Menyambut Tuan datang bertamu.

 

 

Entri-Entri Menarik:

Facebook Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>